Makanan dan minuman

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Oleh sebab itulah kempen pemakanan seimbang perlu dipergiatkan melalui pelbagai program dan penulisan artikel mengenai amalan ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini. Pemakanan yang seimbang akan memberikan vitamin yang cukup kepada badan seseorang itu. Vitamin yang cukup akan menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang. Sebagai contoh, jambu batu yang kaya dengan Vitamin C akan berfungsi sebagai antioksidan bagi mencegah kerosakan sel-sel tubuh. Ini menunjukkan manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera. Air dapat mengawal dan mengekalkan suhu badan di samping me...