Makanan dan minuman




   Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Oleh sebab itulah kempen pemakanan seimbang perlu dipergiatkan melalui pelbagai program dan penulisan artikel mengenai amalan ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini. 

 


Pemakanan yang seimbang akan memberikan vitamin yang cukup kepada badan seseorang itu. Vitamin yang cukup akan menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang. Sebagai contoh, jambu batu yang kaya dengan Vitamin C akan berfungsi sebagai antioksidan bagi mencegah kerosakan sel-sel tubuh. Ini menunjukkan manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera.



 Air dapat mengawal dan mengekalkan suhu badan di samping menghalang kekeringan dan kerosakan sel-sel badan. Tanpa air, darah tidak akan mengalir, oksigen dan zat tidak akan dipindahkan, sisa tidak dapat disingkirkan dan kebanyakan organ kita dan proses dalam badan tidak akan berfungsi. Justeru, kita harus minum air yang bersih, sihat dan asli supaya proses penyingkiran bahan toksik dalam badan dapat berfungsi dengan tahap optimum atau ianya akan memburukkan lagi keadaan kesihatan anda.

Akhir kata, air yang bersih memainkan peranan yang amat penting sebagai penyuling dan pencuci yang terbaik terhadap toksin di dalam badan kita kerana ia dapat membantu membuang sisa beracun dan bahan kimia dalam badan.

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan manis di ikbn

Kawan baik

Keluarga saya